Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Today is 27 Rejab. Yes, it is Israk and Mikraj. Apa maksud dia eh? Saya pun lupa jugak sebenarnya. So, sbb nak tulis entry ni, i have to google it. Alhamdulillah. Nasib baik ada blog ni. Ada jugak usaha nak tambahkan ilmu instead of share it. Ok, lets start. Israk itu yakni perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki sejenis binatang yang bernama Bura'. Mikraj pulak maksudnya perjalanan dari Masjid Al-aqsa ke Siratul Muntaha, langit ke tujuh
Dalam Al-Quran terdapat ayat yang membuktikan peristiwa ini.
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."- Al'Isra' Ayat 1.
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Pada masa yang sama, berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah hidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan para nabi 24 000 org. Rasul Allah mengimamkan solat para rasul dan nabi. Selepas sembahyang, Nabi MUhammad disuruh memilih susu atau arak. Baginda memilih susu. Jibril berkata, "Kamu terpimpin Muhammad kerana memilih susu. Begitu juga umatmu". Ini menunjukkan arak itu perkara tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah melindungi Rasul dimana baginda tidak pernah minum arak sejak kecil.
Kemudian Nabi Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Dalam perjalanan, baginda melihat pelbagai perkara yang ajaib. Antaranya:-
1. Baginda melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki ini berpaling ke kana dia tersenyum, apabila berpaling ke kiri, dia menangis. Tika ditanya kepada Jibril siapa lelaki tersebut. Jibril menjawab, itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat umatnya memasuki syurga. Apabila melihat ke kiri dia melihat umatnya memasuki neraka.
2. Baginda melihat ada orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Mereka inilah orang yang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa disini sebelum diseksa di akhirat selepas kiamat nanti.
3. Baginda melihat orang2 lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka semua terlentang kemudian kaum Firaun lalu disitu sambil memijak perut orang2 tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. dalam perjalanan mereka pergi ke neraka, mereka memijak perut orang-orang lelaki yang sedang terlentang ini. Apabila di tanya, Jibril menjawab, mereka adalah orang yang makan riba.
Di langit kedua Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Isa dan Yahya. Di langit ke-3, baginda bertemu dengan Yusof, di langit ke-5 bertemu dengan Nabi harun. di langit ke-6 bertemu dengan Nabi Musa. Dia langit ke-7, Baginda melihat Baitul Makmur, Kaabah bagi penduduk langit, tempat malaikat tawaf dan beribadah.
Akhirnya, baginda tiba di siratul Muntaha. di tempat yang sangat luar biasa. Allah memerintahkan sembahyang kepada Rasul-Nya dan umat Nabi Muhammad. Terbukti betapa besarnya sembahyang di sisi Allah sehinggakan Dia sendiri yang memerintahkan kepada Rasul-Nya. Sedangkan undang2 Islam, Allah perintahkan melalui Jibril. Subhanallah. Betapa besarnya solat itu. Sesunggunya solat itu tiang agama.
Dan terdapat beberapa peristiwa lain yang tidak sempat saya kongsikan. Sekian untuk entry hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan juga anda. Renung, hayati dan fahami peristiwa ini dengan mendalam. Semoga Allah mengira setiap amalan kita. I'Allah.
Sumber: Biografi Muhammad Bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi Edisi 2011, Published by PTS.
Followers
The Opening
Assalamualaikum wbt.
Call me Wani for short. I'm no so-called ustazah. I'm not come from religious school. But i think as a muslim/ah, we have to spread the truth.Dari Abdullah bin Amr' ra., dari Nabi Muhammad Saw, sabdanya; "Sampaikanlah(apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun".
So, this blog is created to me myself and to those who are in the same boat with me. Barakallahufik :)
Labels
- Bicara Hati (2)
- Bulatan Gembira (1)
- History (1)
- Holy Love Letter (1)
- Jihad (3)
- Sunnah (1)
Saturday, 16 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sharing
I love these blogs:-
-
-
Maafkan Kami4 years ago
-
-
I CUT APPLE A PARENTING6 years ago
-
Separated At Birth10 years ago
-
-
Doktor Gigi10 years ago
-
IEPS01411 years ago
-
ETA, TB, BKB dan Seangkatan.11 years ago
-
Voting Time..!12 years ago
-
Qur'an cover12 years ago
-
Selamat bergelar zaujah12 years ago
-
Demi masa13 years ago
-
Namaste..14 years ago
-
-
Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment